Selasa, 2 Ogos 2011

satu detik yg terdetik..

sudah lebih kurang 2 minggu rakan sekerjaku yg ku panggil 'kak jem' pergi meninggalkan kami... pemergian yg agak mengejutkan... teringat aku semasa pagi balik keje syif malam lebih kurang 8 pagi.. kak jem kerja syif pagi... pg tu mcm x nampak org datang kerja padahal sebelum ni ramai je... disebabkan tiada siapa kak jem pun menyuarakan hasrat hati hendak membeli sarapan di 'car park'. 'car park' adalah tempat letak kereta bertingkat tetapi dibawahnya adalah kedai makan.. aku pun dengan terbuka hati nak temankan.. kak jem jarang skali turun ke car park untuk beli makanan.. kami berjalan sambil berbual kosong.. sampai di car park kak jem kata nak beli nasi tengahari skali kat makcik suria.. tp mak cik suria tutup... jadi dia membeli roti bakar dan nasi kandar zainul.. maka menapaklah kami balik mcm biasa.. sembang kosong lagi.. sampai opis aku tgk husbandku dah tunggu tp x kisahlah.. aku nak teman kak jem.. cian dia..
maka pulanglah aku dengan suamiku, biasalah balik keje night memang penat... pagi esoknya pukul 8.30 pg aku tgk telefon ada miss call dari opis. seperti biasa aku igt org opis minta aku call back kerja.. maka dengan x bersemangatnya aku call balik... terdengar suara aya dihujung talian... aku tanya kenapa aya call pagi2 ni? aya dengan nada sebak.. ' kak nadia, kak jemdah x de'.. menggigil rasa tgn aku.. hampir jatuh hf ditgn.. 'aku rasa sedikit nak marah dan x percaya .' ko biar betul aya, benda mcm ni x leh main2'. 'betul kak, benda mcm ni x kan aya nak main2.' terasa tgn mkn kuat menggigil dan aku msh x percaya. aku lantas memberitahu suamiku.. malangnya suamiku sakit kepala dan demam..mcm mana nak bawa aku ke rumah kak jem.. telefon zeck, bas opis dah berjalan.. akhirnya aku terpaksa naik lrt..
dengan pantas aku bersip dan ambil lrt sampai setiawangsa.. sampai di lrt setiawangsa aku cuba ambil teksi untuk kerumahnya.. tapi pemandu teksi cakap banyak beret polis kat cini.. ape nama bloknya.. masalahnya aku x de alamat lengkap.. aku telefon zeck dan kak ida berkali2.. diorg pun x tau.. aku amik cab tunjuk alamat yg aku ada.. alhamdulillah.. abg cab tu memang baik... walaupun kami dah berpusing banyak kali dia tetap meyakinkan aku insyaallah kita akan jumpa.. moga Allah permudahkan.. sampai di satu traffic light abg cab tu buat U turn padahal lampu merah.. nak dijadikan cerita.. ada kete peronda polislak kat belakang.. dia pun buat U turn dan nyalakan bunyi.. 2 kali lak tu.. cab berhenti dan polis pun minta lesen.. prosedur biasa.. tp aku kesian sgt kat abg cab ni sebab dia sanggup pusing2 tolong au cari.. padahal klu teksi lain dah dimarahnya suruh minta alamat betul2..
aku turun daripada cab dan slow talk dengan 2 org polis muda tu.. dengan muka sedih dan kasihan aku terangkan yg aku hendak pergi ke rumah kawan sekerja ku yg meninggal.. abg teksi ni tolong aku cri. aku tunjuk alamat dihfku dan polis tu mula telefon sana sini nak membantu.... tp tetap x dapat tau berdasarkan alamat yg x lengkap tu.. aku cakap x pelah ye en saya cuba cari sekejap lagi dengan cab ni.. klu x jumpa juga aku baliklah.. dan aku mengucapkan terima kasih kerana melepaskan kami..
cab pun bergerak semula.. abg cab tu berbanyak terima kasih dengan aku kerana menolong dia... klu tak dah tentu kena saman.. tetapi dengan kuasa Allah aku jumpa jalannya dengan sekali pusing.. ujian sungguh nak g melawat.. aku terus menuju kesurau kerana makcik yg aku tanya cakap kat surau..
masa sampai surau mereka sedang mandikan arwah.. aku masuk dan baca yasin untuknya.. aku berada disana sehingga dikafankan dan trus ikut kak liza dan kak norriah ke kubur.. aku x tahu kenapa tp melihatkan kepada anak2 arwah yang bersedih, proses mengafan, dan dikubur aku rasa insaf sgt2... kesedaran datang bahawa kematian boleh datang bila2 masa tanpa mengira umur.. terasa sgt kehilangan arwah..
aku terdetik dengan apa yg berlaku.. kealpaan dunia dan keseronokan dunia x menjanjikan apa2.. tiada apa yg menemani kita dikubur kecuali kain kafan dan amal.. aku menyedari yang aku hanyalah hambanya yang lemah . sesungguhnya aku mula rasa amal ibadatku tidak cukup untuk menemaniku dialam kubur.. Ya Allah... bantulah hambamu yg lemah ini...

Tiada ulasan: