Selasa, 16 September 2008



assalamualaikum...
ini blog yang pertama. jadi x pandailah nak menyusun kata... diharap blog ni menjadi penghubung antara kita...jika ada yang tersilap, tersalah atau terlepas pandang tegurlah... perkembangan terbaru, saya sekarang telah bekerja sebagai pembantu meteorologi di jabatan meteorologi malaysia... skop kerja mencerap cuaca semasa.. lokasi di stesen meteorlogi sitiawan. nak minta ramalan pagi2 blehlah... x de pe kot nak cakap lagi.. untuk maklumat lanjut lehlah tinggalkan pesanan.. waassalam

cinta pertama....

nursyahadah

http://www.youtube.com/watch?v=EX4pwCHEt3U
More RELIGIOUS & ADVICE graphics

Sabtu, 13 September 2008

jgn tinggal hf

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab exclusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym, tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "Hello?" "Abang, nie sayang nie," "emmm . . " "Abang masih ada di kelab lagi ke? " "Iya." "sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru . . cantik bang, boleh ke sayang beli? "Berapa harga nya?" "Cuma $1500.00 aje" "O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat" "Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu. ." "Berapa harga yang dia bagi?" "Cuma $280,000 ..." "O.k tapi pastikan harga tu dah on the road." "Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi..." "Apa?" "Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan....pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang nie untuk dijual!! Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang , berhadapan dengan pantai tu.. cantik kan bang. " Berapa harga yang mereka minta?" " Cuma $740,000... o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. " "Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?" "OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!" "Bye... I Love you too . . " Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut: "ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?"

maafkan ku

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. BAPANYA TELAH MEMIMPIN tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati mu....

Bagaimana Menyayangi Seseorang...

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3 Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

How to do good bussiness

Father: I want you to marry a girl of my choice
Son: 'I will choose my own bride!'
Father: 'But the girl is Bill Gates's daughter.'
Son: 'Well, in that case...ok'Next Day Father approaches Bill Gates.
Father: 'I have a husband for your daughter.'
Bill Gates: 'But my daughter is too young to marry!'
Father: 'But this young man is a vice-president of the World Bank.'
Bill Gates: 'Ah, in that case...ok'
Finally Father goes to see the president of the World Bank.
Father: 'I have a young man to be recommended as a vice-president. '
President: 'But I already have more vice- presidents than I need!'
Father: 'But this young man is Bill Gates's son-in-law.'
President: 'Ah, in that case...ok'
This is how business is done!!
Moral: Even If you have nothing, You can get Anything..
But your attitude should be +ve...