Khamis, 20 September 2012

resepi lepat labu..

2 hari lepas nad pegi kedai kat kedai bawah umah... duk apartment kan... tetiba ternampak buah labu... dah lama x makan lepat labu. selalu kalau jual kat kedai mesti lepat pisang... x minatlah... jadi nad  pun beli lah labu.. semangat ni nak buat lepat.. tp mencari daun pisang punyerlah susah... last2 paksa en. hubby g pasar kat pj old town... punyer lah perak g pasar tu sebab ikan n segala mak nenek semua murah dari giant atau kedai kat bawah... jadi esoknya trus buat lepat.. hasil blog walking, tanya mak dan ikut sedap rasa terhasillah resepi lepat yg mcm biasa org buat.. kakaka..



RESEPI LEPAT LABU.

untuk bahan lepat

1 biji labu bersaiz sederhana
3/4 cawan gula (saiz yang cawan minum teh tu)
2 cawan tepung (cawan yang sama dengan cawan gula)
secubit garam.

untuk inti

kelapa parut
secubit garam

cara-caranya

1. potong labu dan rebus hingga empuk.
2. tuskan dahulu air labu tersebut supaya ia tidak lembik.
3. lenyekkan labu tersebut (saya guna whisker je sebab labu dah empuk dan lembut)
4. campurkan tepung, gula dan secubit garam ke dalam bekas labu tersebut dan pukul lagi kemudian ketepikan.
5. gaulkan kelapa parut dan garam.
6. ratakan labu ke atas daun pisang dan letakkan kelapa ditengah.
7. balutkan dan kukus selama 20 minit.











Ahad, 16 September 2012

mata lebam..

            hari ni rest day. jadi balik dari kerja malam semalamlah... mcm biasalah bila keje malam mesti x cukup tido kan sebab bekerjalah.. hehehe.. kalau dapat pun lentok2 sekejap je.. sebelum balik chit chat ngan kak norriah n kak eliz dulu sebab keje pagi kan.. aku pun minta diri untuk balik umah. lagipun en. hubby ada kat umah. sampai umah mata dah merah mcm raksasa..

lebih kurang camnilah mataku ini.. sumber pakcik google ku..


pe lagi truslah merebahkan diri untuk tuan puteri beradukan... x sampai 2 jam melelapkan mata tetiba ada org call en hubby... tersentak aku dari mimpi2 yang indah... ishh.. geram plak.. tp nak wat camne kan... yang paling x bestnyer majlis berhari raya kat pangsapuri aku ni ada plak karaoke.



aku cuba untuk tido balik. tp dah berpuluh kali pusing kiri kanan masih lagi x bleh tido.. perut pulak menyanyi lagu hard rock mintak diisi... terpaksalah bangun masak... en. hubby pun ikut bgn sekali.. habis makan dalam pukul 4 igt nak lelap mata jap sebagai ganti keje malam kang lagikan... tp disebabkan penyumbang-penyumbang suara yang sememangnya sumbang tidak berhenti2 menyumbang.. telinga aku pun naik sumbang.. panas tul hati ni... x de keje ke? hormatlah skit org lain.. mana tau kot ada org ada anak kecik nak tido ke, yang double nite syif macam aku ke nak berehat.. tension tul...

walaupun aku marah tapi aku tetap comel mcm angry bird.. wahaha.. ok.. perasan jap..


rasanya orang yg pernah duduk apartment je yang akan faham perasaanku ini.. susah nak dapat ketenangan. kejap2 dengar bunyi org tumbuk lesung, kejap2 dengar bunyi ketuk pintu, kejap2 dengar bunyi orang berjalan, kejap2 bunyi orang memaku dinding dan mcm2 lagilh... kalau x sebab dekat ngan pejabat dah lama aku pindah.. wuhuhuhu...

Sabtu, 15 September 2012

bersawang..

          assalam... dah 8 bulan nad x keluar dengan entry baru.. bz je.. ( yeyelah tu). antara sebab sebenarnya nad dah lupa password blog sendri.. truk tul.. kakaka... bukan apa.. nad ni x pandailah nak menulis mcm blog2 kengkawan nad tu.. heheh.. hmm... masa ngah menaip ni pun pipi keme tengah bengkak.. kome tau dak nape? mesti x tau kan... hahahha.. ni semua sebab doktor gigi yang telah merobek dan mencabut gigi geraham ku... kakaka.. cian kan...

gambar ihsan dari pakcik google

          al-kisahnya begini, pada hari selasa hari tu nad dah terasa kelainan pada gigi ku... gigi nad terasa sakit. tp tahan lagi.. x nak g klinik gigi sebab x suka... kalau tanya sesiapa pun memang semua x suka g klinik gigi kan? jadi.. sebab sakit sgt nad g lah farmasi mintak ubat sakit gigi dan gusi.. pak cik farmasi yang boleh dikategorikan warga emas pun bagilah ubat.. adalah dalam 10 biji berharga RM18.90. aku pun makan ubat tu tp tetap x surut.. dahlah kerja day. esoknya nad kerja night. kawan dah tegur pipiku bengkak. pe lagi nad minta en. hubby bawak klinik gigi lah esok... tanggal hari khamis hari rest day ku en. hubby pun bawak ke klinik gigi kelana jaya. sekali nurse cakap petang baru adalah.. baliklah kami dengan gigi yang sedih.. oppsss.. hati yg sedih.. haha... tp sempat lagi beli roti canai kat restoran syed sebab dah seminggu teringin nak makan roti canai.. gigi sakit pun 2 keping nad tibai.. wahhaha... petang en. hubby pun bawak... dapat no 5024... starting nio 5017.. tunggu depan bilik.. benarlah kata orang penantian adalah satu penyiksaan.  masa menunggu tu mcm2 bunyi aku dengar dari bilik doc. bunyi mesin cuci gigilah n pelbagai bunyi.. buat aku rasa seram sebab rasanya last aku cabut gigi masa sekolah kot.. skang dah umur 28.. jadi lebih dari 10 tahun x cabut gigi.. cuci gigi adalah..

         tiba2 sampai giliran.. ting tong 5024... nad pun masuk dengan beraninya.. doc check... dia kata gigi geraham you belah atas yang hujung sekali dah rosak.. x dapat diselamatkan lagi. jadi you nak cabut atau apa? doc ni pun.. mestilah nak cabut.. sakit kottt... aku dengan tenang menjawab " saya nak cabut doc" baiklah.. saya akan try cabut tp kalau x boleh cabut saya akan hantar you pada pakar surgery ye untuk bedah gigi you... waaa....... sentap nad dengar.. rasa nak cabut je.. tp sakit punyer pasal baiklah doc. siap tanya doc. doc saya dah lama x cabut gigi sakit tak? doc cakap x sakit... macam kena gigit semut je.. okies.... doc pun cucuk bius 4 kali kat gusi aku... sakit memang sakit tp aku dah biasa dengan jarum... opss.. jangan salah faham.. bukan sebab aku penagih dadah tp sebab asal demam je suspek denggi... mentang2 aku kurus.. huhu... hmmm.. doc suruh tunggu kat luar sementara bius tu bertindak.. lebih kurang 10-15 minit aku dipanggil semula.. doc pun cungkil2 gigi aku tanya sakit ke tak? sebab ubat bius dah bertindak x sakitlah jadinya.. senget2 mulut aku kena bius.. sekilas aku aku terpandang peralatannya.. uuuuuu... takutnya...

gambar pakcik google juga

nad jadi takutlah... doc mengambil peralatan pertama dan menarik gigiku, tp masih x bergerak. peralatan kedua pula dan masih x bergerak.. akhirnya dia mengambil peralatan ketiga sambil menarik nafas dia menarik gigiku sehingga tercabut... masa tu dalam hati cuma baca ayat kursi je sebab takut x leh cabut n kena bedah.. alhamdulillah tercabut juga... doc terus letak kapas.



macam nilah rupanya gigiku yang sakit kot... cian kat gigiku..


dan agaknya beginilah rupa kesan hidup gigiku yang ditinggalkan.. tp ni orang lain punyer ye... ihsan pakcik google jugak...

           nad tanya doc lepas ni x de papelah ye. x de.. doc tanya rumah ada panadol? aku dengan bendulnya menjawab. ada doc.. oklah awak makan panadol n tukar kapas ye... orite... kau pun kuar... hubby tanya x de ubat ke? aku cakap doc x bagi... nad masuk balik tanya doc x de antibiotik ke? dia cakap x de.. nad tanya lagiesok saya kerja, rasa2nya esok dah baik tak? doc cakap ok... kami pun balik... darah still banyak... aku tidur je sebab ngantuk... petang bangun masih banyak darah. malam pulak still berdarah n bengkak... makan pun x dapat. nad makan whipped potato kfc je.. punyerlah lapar sampai sakit perut sebab angin memusing2... huaaa... malam x leh tido sgt n esoknya kerja.. darah still x berhenti, pipi makin bengkak.. huaaa.... botox sebelah... pegi keje pun muka x sihat je.. aku g lagi klinik gigi lim sebab masih bleeding kan... doc ckp x de pape.. maybe kena infection dan bengkak je.. dia pun bagi antibiotik , panadol n kapas.. kenalah rm35.. nasib baik... dah lah lepas raya ni... dah nampak nyer berkesan jugak walaupun masih bleeding sampai hari ni.. kurang2 sakit dah kurang... tp still x leh makan benda keras... harap2 cepatlah gusiku sembuh ye... jadi kesimpulannya bila sakit gigi jumpa doc ye  walaupun perit untuk menerima hakikat itu.. wahaaha...