Sabtu, 4 Jun 2011

puding coklat..

dalam dua tiga hari ni aku teruja sungguh tgk puding... siang semalam aku pun beli barang2 untuk buat puding coklat... bahan2nya adalah

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh kecil garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu esen vanilla
3 sudu butter
1 paket agar-agar (18 gm)

cara-caranya

1. masak air, agar-agar dan gula sehingga hancur.
2. bila sudah hancur dan mendidih masukkan semua bahan lain kecuali butter.
3 bila dah sebati barulah masukkan butter..
4. masukkan adunan tadi dalam acuan.. klu nak cantik tapislah sebelum masuk dalam acuan kerana mesti ada lagi koko atau susu tepung yang berketul..
5. tuang dalam acuan yang comel2 dan masukkan dalam peti ais...
6. bila dah keras pe lagi.. ngaplah... hehehe







gambar x clear.. tp yg clearnya sedap dingap.. hahaha..


ikan bawal stim

hari rabu lepas tetiba je rajin nak masak.. resepi yg dipilih ikan bawal stim atau kukus.. mcm biasa bila nak masak mencarilah bahan2 nak masak.. ikan bawal n serai kat bawah rumah.. jgn salah faham ye ... bawah rumah sebab rumah pangsapuri.. kat bawah ada kedai.. dah beli ikan bawal pe lagi.. sianglah.. klu nak hilang bau hanyir skit lumurkan ikan ngan asam jawa skit..





dah siap siang bawal tu comei-comei... maka saya pun potong bawang merah dalam sebiji, cili merah sebiji, serai 2 tangkai, halia muda 2 inci ( kalau nak banyak pun bleh), carrot ikut selera dan tomato sebelah.. bahan-bahan ni ikut sedap rasa je.. hahaha.. pastu amik sos tiram lebih kurang 2 sudu besar letak kat ikan bersama bahan yg dipotong semua tadi.. perah 2 biji limau kasturi dan perap ikan bersama ikan tadi sementara tunggu air mendidih..




dah mendidih air dalam pengukus pe lagi.. masukkan bawal tadi kedalam pengukus selama 30-40 minit. dah siap hidangkanlah ikut citarasa... mcm saya, saya tambah dengan ikan bilis kicap..

bahannya cili merah dihiris nipis, ikan bilis dan limau kasturi 2 biji... bahan tersebut dicampur dengan kicap... memang terangkat... tapi saya x delah amik gambarnyer..





tadaaaaa......... dah siap.. ni ikan bawal stim kukus simple... sedap dimakan dan mudah dibuat.. selamat mencuba ye..

ikan bawal stim..

hari rabu lepas tetiba je aku rajin memasak ikan stim... punyerlah bersemangat.. pe lagi.. g lah cari ikan bawal.. turun ke bawah pangsapuri g beli ikan.. dah naik ke atas trus siang ikan n bahan2 masak... inilah ikan bawal yang aku jumpa..







pastu pe lagi... mulalah meletakkan bahan2 atas ikan untuk distimkan.. antara bahan-bahannya adalah serai, halia muda, bawang merah, cili merah, tomato, carrot, sos tiram dan sedikit perasa... bahan ni ikut citarasalah... saya perah 2 biji limau kasturi... kira ni resepi tambah sendri jelah...

dah diperap sekejap bahan tersebut ngan ikan pe lagi panaskan air hingga mendidih.. bila dah mendidih baru masuk kat dalam lengat pengukus.. nak stim ikan kan..