Jumaat, 27 Disember 2013

entry stress..

 as salam...
       
       lama rasanya x update blog..rasanya aktiviti penuh jadi aktiviti masa lapang ni x dapat dilaksanakan.. sebenarnya nak update entry pasal cuti2 malaysia hujung tahun.. tp masalahnya x leh nak upload gambar sebab wayar sambungan kamera ke komputer hilang.. huhuhu... x tau g mana... nanti lah cari.. jadi entry tersebut terpaksalah ditangguhkan ke suatu masa yang x diketahui lagi.. hahaha.. habis membebel.. sesi luahan hati pula...

        Disebabkan ini entry tahun 2013, jadi dikira bukan entry azam tahun barulah ye.. tp entry ni pasal apa yg bakal berlaku tahun baru... stress yang nad akan hadapi tahun baru ni.. dan rasa mcm x sanggup nak tahun baru tahun ni.. huhuhu.. baiklah.. first sekali ditahun baru 2/1/2014.. nad disenaraikan sebagai org yang bertuah ditukarkan bahagian daripada Bahagian Pusat Ramalan Cuaca ke Bahagian Instrumentasi Meteorologi.. Dahulunya dikenali sebagai Bahagian Alatan dan Penyelenggaraan. Hasil daripada surat pekeliling bertarikh 24/12/2013.. Salah satu berita yang menganggu gugat tahun baru ku.. Tahun baru tempat kerja baru dan stress baru... Masa tahu tu pelik juga sebab sebelum ni x de sorang bunga pun di bahagian tu.. tetiba dia mencuri 3 sekali bunga Pusat Ramalan Cuaca atau sikenali sekarang sebagai Pusat Ramalan Nasional.. Adoiii...Nad, Kak Norriah dan Yatie.. 3 bunga yang dipindahkan ke bahagian yang penuh daun (lelaki).. kakaka.... tp bunga ni semua bini orang ye.. x dapat ku bayangkan apakah bakal kerja kami nanti dibahagian tersebut... Tempat baru cabaran baru.. Namun nad sedikit risau dengan jadual biologi badan nad. Al maklumlah selama 7 tahun ++ berkhidmat memang kerja syif je.. kena opis hour 3 bulan pun mc setiap bulan sebab demam. Stress juga memikirkan hal tu.. Ditambah pula dengan masalah cuti.. sah2 bila masuk opis hour mesti x cukup cuti dalam setahun.. Dengan nak balik kampung sarawak dan perak.. dengan nak g kelas pjj lagi, dengan nak fikir kalau x sihat lagi.. adoiiii.... terus jadi orang yang obses dengan kalendar.. hahah.. bak kata Miss Lee (ketuaku) asyik cari cuti umum.. hahaha.. jadi ahlilah lepas ni.. Dahlah bahagian yang aku tinggalkan tinggal 2 orang je.. mcm mana nak running syif.. kakakka.. cian kak kitty n en. hussin.

      Habis bab kena tukar, bab lain pula... pada 7/12/2013 nad telah menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan penolong pegawai kawalan trafik udara A29.. disebabkan kami tengah bercuti ke sarawak nad pun menukar pusat wilayah ke kuching untuk menduduki peperiksaan tersebut.. nak dijadikan cerita keputusan lulus atau gagal akan dikeluarkan pada 11/1/2014.. Susah hati dah.. bukan susah hati apa.. kalau ikutkan exam yang A41 11/12/2013 keluar result 21/12/2013 dah interview. Kalau kami result keluar 11/1/2014, makanya interview mesti 20++ tarikhnya.. sama tarik dengan kursus intensifku di USM Penang. Masalah- masalah.. Maybe lah korang kata lulus pun belum tentu sibuk nak risau pasal tu.. Risaulah sebab kira boleh lari perancangan awal ke USM... dengan exam bagai...Aduhduh.. Yang Usm pun satu lagi masalah.. tahun ni tahun paling lama Kursus Intensif berbanding tahun lain... 3 Minggu kot dari 20/1/2014 - 14/2/2014.. 25 hari.. Melampau sgt.. 2 minggu pun dah rasa azab duk asrama.. ni kan 3 minggu.. dah lah paper nad sampai hari terakhir 14 hb pun ada.. kalau kelas bleh bawa ke depan.. ni exam 2 paper hari terakhir tu.. mengarut betullah.. stresssssss..... x suka x suka... jadual yg kejam.. Pasal intensif ni pun membuat aku stress nak mohon cuti kerja..

       Disebabkan hal2 tersebut nad rasa stress memikirkan... ujian tahun baru yang x menyeronokkan.. Mood pun berubah2.. dengan nak jauh ngan hubby 3 minggu.. dengan roomate 3 minggu pun x tau lagi.. kalau 3 minggu duk sana dapat roomate  yang x tido bilik lagi nad stress.. Ya Allah Ya Tuhanku.. Hanya dikau yang tahu apa yang terbaik buatku.. Bantu lah aku.. Berikanlah Kelapangan, Kesihatan, Kemudahan dan Kesabaran padaku dalam menghadapi cabaran.. Harap2 semuanya berjalan lancar........

        Sekian entry stress... Sape yang baca stress tak? stress tak?
       

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam kak. Sy nak tanya, bukan tany, ingin tahu sebabsedikit tentang kerja kak dalam bahagian intrumentasi tu, bagaimana kerjanya dan ok ke bahagian tu?

Unknown berkata...

Salam kak. Sy nak tanya, bukan tany, ingin tahu sebabsedikit tentang kerja kak dalam bahagian intrumentasi tu, bagaimana kerjanya dan ok ke bahagian tu?