Khamis, 20 September 2012

resepi lepat labu..

2 hari lepas nad pegi kedai kat kedai bawah umah... duk apartment kan... tetiba ternampak buah labu... dah lama x makan lepat labu. selalu kalau jual kat kedai mesti lepat pisang... x minatlah... jadi nad  pun beli lah labu.. semangat ni nak buat lepat.. tp mencari daun pisang punyerlah susah... last2 paksa en. hubby g pasar kat pj old town... punyer lah perak g pasar tu sebab ikan n segala mak nenek semua murah dari giant atau kedai kat bawah... jadi esoknya trus buat lepat.. hasil blog walking, tanya mak dan ikut sedap rasa terhasillah resepi lepat yg mcm biasa org buat.. kakaka..



RESEPI LEPAT LABU.

untuk bahan lepat

1 biji labu bersaiz sederhana
3/4 cawan gula (saiz yang cawan minum teh tu)
2 cawan tepung (cawan yang sama dengan cawan gula)
secubit garam.

untuk inti

kelapa parut
secubit garam

cara-caranya

1. potong labu dan rebus hingga empuk.
2. tuskan dahulu air labu tersebut supaya ia tidak lembik.
3. lenyekkan labu tersebut (saya guna whisker je sebab labu dah empuk dan lembut)
4. campurkan tepung, gula dan secubit garam ke dalam bekas labu tersebut dan pukul lagi kemudian ketepikan.
5. gaulkan kelapa parut dan garam.
6. ratakan labu ke atas daun pisang dan letakkan kelapa ditengah.
7. balutkan dan kukus selama 20 minit.











Tiada ulasan: