dah tu aku dapat juga khabar buruk yg din satu kump JUE ngan aku demam denggi dan isterinyer bersalin.. menambah perisanya lagi dia x buat langsung JUE tu dan khabar itu disampaikan pada yati dan aku sehari sebelum due date... ulang suara sehari sebelum due date.. mana agaknya ruang dalam kenyataan itu yg bleh buat aku dah yati x hangin ye? bleh cari tak? betul nak bertoka jd raksasa... huuuuu... x pelah.. terima kasih atas penghargaan yang ko berikan pada kami... kami bersyukur dan hanya Allah yang bleh membalas budi baik ko tu ye..
tapi aku berterima kasih pada yati sebab dialh aku bleh bertenang.... u re my hero... hahaha... hanya yati je aku ada untuk meneruskan perjuangan di usm...klu x de dia x taulah aku...
balik pada tajuk entry balik apa tu agaknyer ye... coba anda lihat gambar dibawah?


hehehe... orite... x leh lah nak bagitau sekarang. tunggu dah siap ye.... hehehe..
mcm ni lah kapal terbang tu... dan semestinya air asia sebab pakai tiket waran kerajaan kan.. kami dapat duduk kat hotseat 1B dan 1C. banyak siok... tp x banyak beza sgt pun cuma tempat kaki je besar dan bleh mengintai kokpit bila pintu dibuka.. hahaha.. bila dah sampai airport sibu tgk masih dalam pembinaan airport baru.. anak buah husbandku datang amik kami dan trus ke rumah mak mertua... lama rasanyer x jumpa mak mertua aku dan anak buahku nisa.. rindu lak... mcm biasalah bila balik umah mak mertua mesti aku nak belajar cara masakan sarawak.. takat masak biasa2 pandailah aku.. tp masakan sarawak aku still merangkak.. hahahah... pastu 17hb abg ipar aku yg study kat jepun balik sibu gak... kurang2 adelah kami transport berjalan.. yg best tu abg ipar aku bg gift i pod touch... terima kasih abg man...
aku bersama dengan anak buah kesayanganku jasmin aminah



kebetulan balik dari kapit hari sabtu aku terus demam menggigil... agaknya bertukar tempat kot.. esoknya hari ahad aku dan abg ikut abg man balik kuching. badan still penat n demam.. naik kete abg man 8 jam perjalanan.. sampai kuching trus pergi rumah usu mu. melepak sekejap balik umah kak mah... esoknya melepak dirumah.. malamnya g ruma abg mud iaitu abg sulung hubbyku... tetapi dapat berita sedih... kak itut iaitu bini abg mud sesak nafas dan dimasukkan ke hospital.. esoknya kami pegi melawat kak itut kat hospital... sembang2 dengan kak itut namun mcm kehilangan kata2 kerana terkejut dengan berita dia sakit.. dia mengalami sesak nafas dan perlu menggunakan bantuan pernafasan tersebut.. kesian melihat keadaannnya... hari yg sama juga kami pergi berjalan di waterfront kucing.. x lah jalan sgt pun, sebenarnya lebih kepada mencari kain batik , keychain dan ole2... hari rabu menjelma.. kami mendapat berita sedih bahawa keadaan kak itut semakin kritikal. abg man mengajak aku dan hubby ke hospital lagi.. sewaktu kami sampai kami agak kaget melihatn keadaan kak itut. dia seperti separuh sedar. semua saudara mara telah berkumpul. doktor mengatakan bahawa kak itut hanya bergantung dengan oksigen sahaja sekarang. tiada ubat atau air yang boleh masuk dalam badannya. aku duduk disisinya sambil mengusap tgnnya.. aku dapat rasakan tindak balas yg lemah darinya. aku membaca ayat suci al quran dan berharap dapat mengurangkan penderitaannya. sayu hatiku bila kakak iparku yg paling aktif sedang terbaring diatas katil. tp aku percaya kak itut akan sembuh... aku dan hubby x dapat nak duduk lama jadi kami meminta diri untuk pulang berkemas kerana hari tu juga kami akan menaiki belon balik kesibu hasil support dr kak mah... walaupun berat hati kami tp apekan daya.pukul 5.20 ptg kami menaiki pesawat ke sibu..