Sabtu, 4 Jun 2011

puding coklat..

dalam dua tiga hari ni aku teruja sungguh tgk puding... siang semalam aku pun beli barang2 untuk buat puding coklat... bahan2nya adalah

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh kecil garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu esen vanilla
3 sudu butter
1 paket agar-agar (18 gm)

cara-caranya

1. masak air, agar-agar dan gula sehingga hancur.
2. bila sudah hancur dan mendidih masukkan semua bahan lain kecuali butter.
3 bila dah sebati barulah masukkan butter..
4. masukkan adunan tadi dalam acuan.. klu nak cantik tapislah sebelum masuk dalam acuan kerana mesti ada lagi koko atau susu tepung yang berketul..
5. tuang dalam acuan yang comel2 dan masukkan dalam peti ais...
6. bila dah keras pe lagi.. ngaplah... hehehe







gambar x clear.. tp yg clearnya sedap dingap.. hahaha..


Tiada ulasan: