Khamis, 17 Februari 2011

amalan untuk memperolehi zuriat


mungkin ramai yang senasib denganku.. sama2 menunggu zuriat permata hati.. tetapi setelah lama menunggu masih lagi gagal.. jadi sy postkan antara tips2 untuk mendapatkan zuriat.. sama2lah kita berusaha. sesungguhnya Allah sedang menguji kita dan Allah tidak suka kepada hambanya yang berputus asa.

Amalan mendapatkan zuriat

Dalam berdoa, kita disuruh menaruh harapan 100% kepada Allah SWT dan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk mengabulkan doa kita. Mungkin anda dan suami boleh mencuba amalan berikut. Semoga Allah SWT memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda yang dalam penantian mendapatkan zuriat.

AMALAN PERTAMA

1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh

* Baca Bismillah 1x
* Kemudian selawat ke atas Rasulullah SAW 3x
* Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101x
* Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat.”)
* Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x

2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil.

Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.

AMALAN KEDUA

1. Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11x sebelum mengadakan jimak.

2. Isteri hendaklah membawa “Ya Awwal” (Yang Tiada Permulaan ada-Nya) 333x setiap hari.

3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11x, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.

4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.

AMALAN KETIGA

1. Untuk mendapatkan zuriat: Amalkan zikir “Ya Khaliq”, ” Ya Bari’ ” dan “Ya Musawwir” semasa ‘bersama’. Baca dalam hati daripada awal hingga akhir.

2. Semasa ‘pancutan’, niatkan untuk mendapatkan anak. Zikir dan doa ini untuk suami atau isteri atau kedua-duanya amalkan.

AMALAN KEEMPAT

1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam) setiap awal pagi (utk si suami).

2. Buat senaman batin tiap2 kali bgn tidur waktu pagi (utk si suami).

3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid. Insya-Allah jika diamalkan berhasil.

4. Doa Nabi Zakaria.

5. Surah Al-Waqiah selepas subuh.

6. Lepas maghrib amalkan Al-Mulk (kekuasaan Allah SWT).

7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.

DIET PEMAKANAN

1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari.

2. Buah Delima.

3. Buah Zaitun.

4. Buah Kurma.

5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid.

Lepas tu amik seafood, amik supplements, salah satunya Spirulina amik secara tetap kira2 30 tablet setiap hari, makan sayur & buah.

Suami banyakkan makan makanan jenis berasid spt daging, ayam dll.

6. Jangan minum ais dan minum air kelapa.


CARA SENAMAN BATIN

Duduk bersila badan tegak
Selepas itu luruskan kaki kanan kedepan
Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan,tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik nafas dalam2(slow)
Setelah nafas penuh didada..bawa tgn kiri tadi kesebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
Ulangi perkara diatas dgn kaki kiri plak
Buat 3x /7x setiap kali lepas sembahyang subuh..jika betul caranya...peluh akan keluar walaupun baru buat 3x..(3x kiri..3x kanan)
Masa Berjimak

Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t

2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat .Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya .

4 ulasan:

Cik Oshien berkata...

alhamdulillah trm kasih atas perkongsian ilmu....tp mcm mane nak share ye?

Cik Oshien berkata...

alhamdulillah trm kasih atas perkongsian ilmu....tp mcm mane nak share ye?

dia berkata...

saya pun x pasti cik Oshien... copy jelah kot... sama2...

Unknown berkata...

Alhamdulillah sy menunggu sehingga 10 tahun utk dpat zuriat yg pertama ni.. Dan sy amalkan surah maryam yakin dan doa Allah maha pemberi rezeki