Ahad, 7 Ogos 2011

birthday boy? man?

semalam hari lahir suamiku.. pe yang special ek.. hmm... aku wish dia pagi masa balik keje malam.. tp dia tido selepas semalaman berjaga samapai lepas solat subuh baru tido.. hr ni plan nak masak.. jd lepas dia jaga tanya trus nak makan pe... my hubby request nak mam nasi lemak... jd aku pun mulakan misis masak nasi lemak, sambal tumis ikan bilis... nak lagi sedap aku tambah dengan ayam masak merah, telur rebus, dan timun... apa yg kurang gik ek? oooo... buat air tembikai dan kuihnya roti sardin special.. heehehhe... malam selepas berbuka bagi hadiah istimewa.. benda yg my hubby nak... pe lagi baju bola arsenal... punyalah suka en suami.. papepun aku harap semoga dengan bertambahnya umur maka bertambahlah keimanan dan amal ibadat kepada Allah... harap abg bleh bimbing syg ke jalan Allah.. aminn..

Rabu, 3 Ogos 2011

foam sheet key chain..

hobi baru... dulu hobiku jahit manik.. tp skang dah berubah pada foam sheet key chain... asalnya aku beli foam sheet ni untuk folio adik aku yg comel tu... tp tetiba dia cakap dah ade... aku mulalah berangan nak wat pe benda ni.. hmmmm... mulalah kepala yg kreatif ni memikirkan sesuatu yg pelik.. mulalah hobi aku buat key chain.. mula2 buat ada sedikit hodoh kerana jahitan kurang kemas.. biasalah amatur... lama2 ada peningkatan makin kemas lak.. lagi satu sebab disebabkan kawan2 adik aku tempah lak.. tgk adik aku pakai comel2 semua.. diorg pun nak.. adalah sedikit gambar daripada semua yg aku buat... layanlah ye...

ni yang baru aku buat... nak pos kat adik nanti...

comei tak? bentuk love ngan rama2...

telur goreng mata kerbau..

design awal2 dulu dress cantik...

bekas hf... nukilan awal.. kurang kemas.. tp skang dah kemas.. practice makes perfect..

ada tak sape2 nak tempah... rm2.50 satu ye...


manusia oh manusia

kadang-kadang manusia ni mcm2 perangai.. bila org nak berubah menjadi lebih baik mulalah keluar cakap2 yang x best dibelakang.. hipokritlah, berlagak alimlah... kenapa ye manusia mcm tu? mengapa manusia suka menilai org lain... dan mengaku dia lebih baik dari org lain...bagaimana pula dia boleh tau kedudukan dia disisi Allah dan mengata org lain? apa agaknya hak kita untuk menilai org lain ye... persoalan... yg paling bahaya depan kita semua bagus dan memuji... belakang menyampaikan cerita buruk... aduh... blum lagi yg melagakan org pula.. malang betul klu jadi bahan... berkawan pun mcm politik.. geng popular banyaklah kawan.. geng x popular jd bahan kutukan.. dunia dunia...

Selasa, 2 Ogos 2011

satu detik yg terdetik..

sudah lebih kurang 2 minggu rakan sekerjaku yg ku panggil 'kak jem' pergi meninggalkan kami... pemergian yg agak mengejutkan... teringat aku semasa pagi balik keje syif malam lebih kurang 8 pagi.. kak jem kerja syif pagi... pg tu mcm x nampak org datang kerja padahal sebelum ni ramai je... disebabkan tiada siapa kak jem pun menyuarakan hasrat hati hendak membeli sarapan di 'car park'. 'car park' adalah tempat letak kereta bertingkat tetapi dibawahnya adalah kedai makan.. aku pun dengan terbuka hati nak temankan.. kak jem jarang skali turun ke car park untuk beli makanan.. kami berjalan sambil berbual kosong.. sampai di car park kak jem kata nak beli nasi tengahari skali kat makcik suria.. tp mak cik suria tutup... jadi dia membeli roti bakar dan nasi kandar zainul.. maka menapaklah kami balik mcm biasa.. sembang kosong lagi.. sampai opis aku tgk husbandku dah tunggu tp x kisahlah.. aku nak teman kak jem.. cian dia..
maka pulanglah aku dengan suamiku, biasalah balik keje night memang penat... pagi esoknya pukul 8.30 pg aku tgk telefon ada miss call dari opis. seperti biasa aku igt org opis minta aku call back kerja.. maka dengan x bersemangatnya aku call balik... terdengar suara aya dihujung talian... aku tanya kenapa aya call pagi2 ni? aya dengan nada sebak.. ' kak nadia, kak jemdah x de'.. menggigil rasa tgn aku.. hampir jatuh hf ditgn.. 'aku rasa sedikit nak marah dan x percaya .' ko biar betul aya, benda mcm ni x leh main2'. 'betul kak, benda mcm ni x kan aya nak main2.' terasa tgn mkn kuat menggigil dan aku msh x percaya. aku lantas memberitahu suamiku.. malangnya suamiku sakit kepala dan demam..mcm mana nak bawa aku ke rumah kak jem.. telefon zeck, bas opis dah berjalan.. akhirnya aku terpaksa naik lrt..
dengan pantas aku bersip dan ambil lrt sampai setiawangsa.. sampai di lrt setiawangsa aku cuba ambil teksi untuk kerumahnya.. tapi pemandu teksi cakap banyak beret polis kat cini.. ape nama bloknya.. masalahnya aku x de alamat lengkap.. aku telefon zeck dan kak ida berkali2.. diorg pun x tau.. aku amik cab tunjuk alamat yg aku ada.. alhamdulillah.. abg cab tu memang baik... walaupun kami dah berpusing banyak kali dia tetap meyakinkan aku insyaallah kita akan jumpa.. moga Allah permudahkan.. sampai di satu traffic light abg cab tu buat U turn padahal lampu merah.. nak dijadikan cerita.. ada kete peronda polislak kat belakang.. dia pun buat U turn dan nyalakan bunyi.. 2 kali lak tu.. cab berhenti dan polis pun minta lesen.. prosedur biasa.. tp aku kesian sgt kat abg cab ni sebab dia sanggup pusing2 tolong au cari.. padahal klu teksi lain dah dimarahnya suruh minta alamat betul2..
aku turun daripada cab dan slow talk dengan 2 org polis muda tu.. dengan muka sedih dan kasihan aku terangkan yg aku hendak pergi ke rumah kawan sekerja ku yg meninggal.. abg teksi ni tolong aku cri. aku tunjuk alamat dihfku dan polis tu mula telefon sana sini nak membantu.... tp tetap x dapat tau berdasarkan alamat yg x lengkap tu.. aku cakap x pelah ye en saya cuba cari sekejap lagi dengan cab ni.. klu x jumpa juga aku baliklah.. dan aku mengucapkan terima kasih kerana melepaskan kami..
cab pun bergerak semula.. abg cab tu berbanyak terima kasih dengan aku kerana menolong dia... klu tak dah tentu kena saman.. tetapi dengan kuasa Allah aku jumpa jalannya dengan sekali pusing.. ujian sungguh nak g melawat.. aku terus menuju kesurau kerana makcik yg aku tanya cakap kat surau..
masa sampai surau mereka sedang mandikan arwah.. aku masuk dan baca yasin untuknya.. aku berada disana sehingga dikafankan dan trus ikut kak liza dan kak norriah ke kubur.. aku x tahu kenapa tp melihatkan kepada anak2 arwah yang bersedih, proses mengafan, dan dikubur aku rasa insaf sgt2... kesedaran datang bahawa kematian boleh datang bila2 masa tanpa mengira umur.. terasa sgt kehilangan arwah..
aku terdetik dengan apa yg berlaku.. kealpaan dunia dan keseronokan dunia x menjanjikan apa2.. tiada apa yg menemani kita dikubur kecuali kain kafan dan amal.. aku menyedari yang aku hanyalah hambanya yang lemah . sesungguhnya aku mula rasa amal ibadatku tidak cukup untuk menemaniku dialam kubur.. Ya Allah... bantulah hambamu yg lemah ini...

kenangan

satu hari aku bertemu semula dengan kenangan... kenangan itu mengingatkan aku padanya... janji-janjinya dan pengorbanannya...sesungguhnya si kenangan amat bermakna pada diriku pada suatu masa dulu... sesungguhnya kenangan itu akan sentiasa aku ingt sebagai kenangan kerana kenangan telah menjadi mimpiku buat selama-lamanya dan tidak mungkin menjadi kenyataan... terima kasih kenangan... sesungguhnya aku berterima kasih kepadamu kenangan kerana kenangan telah menjadikan siapa diri aku sekarang...