Ahad, 30 Oktober 2011

sibu-kapit-kuching..

lama rasanyer x update blog ni.. bukan pe... malas nak buat karangan ni rasenyer.. biasalah... lagipun bz dengan benda lain... entry kali ni pasal aku balik bercuti ke kampung husbandku iaitu sarawak bumi kenyalang.. last aku balik sarawak hari tu bulan 5.. kira macam setahun 2 kali setahunlah balik... jadi kami pun balik pada 15.10.20011.

macam biasalah dari kl ke sarawak mestilah naik belon.. tp jgn salah faham ye bukan belon udara panas tp 'belon' kapal terbang... 'belon ' bahasa org sarawak.. belon kami pukul 3.55 petang... bila balik kampung biasalah kete n moto letak kat opis.. bukan pe takut nak letak kat umah sebab kang balik tinggal rangka je kang.. tah lah sape punyer keje... klu ku dapat memang makan tayar bebudak tu... ayat mcm ganas.. hehehe.. lari tajuk lak.. balik pada belon. kebetulan masa balik tu awan tebal plak sepanjang perjalanan.. pe lagi belon pun bergegar langgar awan.. tp yang paling x tahan bila lalu kat awan besar mcm TCU dan CB. pe lagi kecut perut 2-3 kali pesawat turun mengejut sebab downdraft.. sape yg x tau down draft bleh tgk kat sini http://www.hko.gov.hk/aviat/amt_e/cause/microburst_e.htm. tp tabiklah kat pilot sebab masa mendarat macam terletak je pesawat tu.. sgt smooth.. mesti pilot berpengalaman.

mcm ni lah kapal terbang tu... dan semestinya air asia sebab pakai tiket waran kerajaan kan.. kami dapat duduk kat hotseat 1B dan 1C. banyak siok... tp x banyak beza sgt pun cuma tempat kaki je besar dan bleh mengintai kokpit bila pintu dibuka.. hahaha.. bila dah sampai airport sibu tgk masih dalam pembinaan airport baru.. anak buah husbandku datang amik kami dan trus ke rumah mak mertua... lama rasanyer x jumpa mak mertua aku dan anak buahku nisa.. rindu lak... mcm biasalah bila balik umah mak mertua mesti aku nak belajar cara masakan sarawak.. takat masak biasa2 pandailah aku.. tp masakan sarawak aku still merangkak.. hahahah... pastu 17hb abg ipar aku yg study kat jepun balik sibu gak... kurang2 adelah kami transport berjalan.. yg best tu abg ipar aku bg gift i pod touch... terima kasih abg man...


pada 21 hb aku, ag, mak mertua, abg man, nisa, kak ijut, jasmin, eman dan sabrina g kapit naik bot ekspress. kami g melawat umah kakak iparku kak nyah yg baru ditukar ke sana.. lebih kurang 3 jam gak naik bot melalui sungai terpanjang di malaysia iaitu sungai rajang. tp kami pergi x lama.. just pergi hr jumaat dan balik hari sabtu.. ni antara gambar kenangan yg aku sempat ambil... layankan aje...





aku bersama dengan anak buah kesayanganku jasmin aminah



kebetulan balik dari kapit hari sabtu aku terus demam menggigil... agaknya bertukar tempat kot.. esoknya hari ahad aku dan abg ikut abg man balik kuching. badan still penat n demam.. naik kete abg man 8 jam perjalanan.. sampai kuching trus pergi rumah usu mu. melepak sekejap balik umah kak mah... esoknya melepak dirumah.. malamnya g ruma abg mud iaitu abg sulung hubbyku... tetapi dapat berita sedih... kak itut iaitu bini abg mud sesak nafas dan dimasukkan ke hospital.. esoknya kami pegi melawat kak itut kat hospital... sembang2 dengan kak itut namun mcm kehilangan kata2 kerana terkejut dengan berita dia sakit.. dia mengalami sesak nafas dan perlu menggunakan bantuan pernafasan tersebut.. kesian melihat keadaannnya... hari yg sama juga kami pergi berjalan di waterfront kucing.. x lah jalan sgt pun, sebenarnya lebih kepada mencari kain batik , keychain dan ole2... hari rabu menjelma.. kami mendapat berita sedih bahawa keadaan kak itut semakin kritikal. abg man mengajak aku dan hubby ke hospital lagi.. sewaktu kami sampai kami agak kaget melihatn keadaan kak itut. dia seperti separuh sedar. semua saudara mara telah berkumpul. doktor mengatakan bahawa kak itut hanya bergantung dengan oksigen sahaja sekarang. tiada ubat atau air yang boleh masuk dalam badannya. aku duduk disisinya sambil mengusap tgnnya.. aku dapat rasakan tindak balas yg lemah darinya. aku membaca ayat suci al quran dan berharap dapat mengurangkan penderitaannya. sayu hatiku bila kakak iparku yg paling aktif sedang terbaring diatas katil. tp aku percaya kak itut akan sembuh... aku dan hubby x dapat nak duduk lama jadi kami meminta diri untuk pulang berkemas kerana hari tu juga kami akan menaiki belon balik kesibu hasil support dr kak mah... walaupun berat hati kami tp apekan daya.pukul 5.20 ptg kami menaiki pesawat ke sibu..

hari khamis demam x kebah lagi ditambah pula dengan batuk huk huk... pagi hari dikejutkan panggilan daripada abg man. sesungguhnya Allah lebih menyayangi kak itut. akhirnya kepada DIA kita kembali.. sedih bukan alang kepalang. rasa menyesal balik sibu pun ada... hari yg sama juga tiket dibeli untuk mak mertuaku dan anak buahku untuk ke kuching untuk melihatnya kali terakhir.. kami juga berusaha menelefon air asia dan kawan abg iparku jika dapat tukar tiketku balik dari sibu kl ke kuching kl.. tp jawapannya mendukacitakan.. akhirnya mak mertua dan anak buah je yang pergi.. tp mereka tertinggal pesawat pukul 11.30tghari. tiket pukul 2.30 pula dibeli... jd kami tinggal berdua di rumah mak.. terpaksalh kerana hari jumaat kami dah balik kl.. tp aku tidaklah rasa ralat sgt sebab kami dah jumpa 2 kali.. Ya ALLAH.. tempatkanlah kakak iparku dikalangan orang2 yang beriman..

hari jumaat tiba masa utk mengakhiri cuti kami.. kami balik ke kl dengan menaiki pesawat air asia juga.. masih tempat no 1 tp bertukar 1D dan 1E ... sepanjnag berada dalam kapal terbang situasinya masih sama mcm pergi hr tu kapal terbang yg bergegar dan downdraft... tp yg lg x best pilot yg bertugas adalah pilot baru kerana pendaratan yg sedikit kasar dibuat.. dalam 2 minggu mcm2 benda seronok dan sedih aku alami.. harap aku tabah ... kepada anak 2 buahku bersabarlah.. sedekahkanlah al-fatihah dan yasin buat ibumu... ianya amatlah bermakna...

sekianlah coretanku... mohon berhenti dan tido... hahaha..

1 ulasan:

Unknown berkata...

innalillah.. salam takziah dr ema.. smoga roh kak itut ditmptkn dikalangan org2 yg beriman.. aminn..

miss u nadia