as salam...
lama rasanya x update blog..rasanya aktiviti penuh jadi aktiviti masa lapang ni x dapat dilaksanakan.. sebenarnya nak update entry pasal cuti2 malaysia hujung tahun.. tp masalahnya x leh nak upload gambar sebab wayar sambungan kamera ke komputer hilang.. huhuhu... x tau g mana... nanti lah cari.. jadi entry tersebut terpaksalah ditangguhkan ke suatu masa yang x diketahui lagi.. hahaha.. habis membebel.. sesi luahan hati pula...
Disebabkan ini entry tahun 2013, jadi dikira bukan entry azam tahun barulah ye.. tp entry ni pasal apa yg bakal berlaku tahun baru... stress yang nad akan hadapi tahun baru ni.. dan rasa mcm x sanggup nak tahun baru tahun ni.. huhuhu.. baiklah.. first sekali ditahun baru 2/1/2014.. nad disenaraikan sebagai org yang bertuah ditukarkan bahagian daripada Bahagian Pusat Ramalan Cuaca ke Bahagian Instrumentasi Meteorologi.. Dahulunya dikenali sebagai Bahagian Alatan dan Penyelenggaraan. Hasil daripada surat pekeliling bertarikh 24/12/2013.. Salah satu berita yang menganggu gugat tahun baru ku.. Tahun baru tempat kerja baru dan stress baru... Masa tahu tu pelik juga sebab sebelum ni x de sorang bunga pun di bahagian tu.. tetiba dia mencuri 3 sekali bunga Pusat Ramalan Cuaca atau sikenali sekarang sebagai Pusat Ramalan Nasional.. Adoiii...Nad, Kak Norriah dan Yatie.. 3 bunga yang dipindahkan ke bahagian yang penuh daun (lelaki).. kakaka.... tp bunga ni semua bini orang ye.. x dapat ku bayangkan apakah bakal kerja kami nanti dibahagian tersebut... Tempat baru cabaran baru.. Namun nad sedikit risau dengan jadual biologi badan nad. Al maklumlah selama 7 tahun ++ berkhidmat memang kerja syif je.. kena opis hour 3 bulan pun mc setiap bulan sebab demam. Stress juga memikirkan hal tu.. Ditambah pula dengan masalah cuti.. sah2 bila masuk opis hour mesti x cukup cuti dalam setahun.. Dengan nak balik kampung sarawak dan perak.. dengan nak g kelas pjj lagi, dengan nak fikir kalau x sihat lagi.. adoiiii.... terus jadi orang yang obses dengan kalendar.. hahah.. bak kata Miss Lee (ketuaku) asyik cari cuti umum.. hahaha.. jadi ahlilah lepas ni.. Dahlah bahagian yang aku tinggalkan tinggal 2 orang je.. mcm mana nak running syif.. kakakka.. cian kak kitty n en. hussin.
Habis bab kena tukar, bab lain pula... pada 7/12/2013 nad telah menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan penolong pegawai kawalan trafik udara A29.. disebabkan kami tengah bercuti ke sarawak nad pun menukar pusat wilayah ke kuching untuk menduduki peperiksaan tersebut.. nak dijadikan cerita keputusan lulus atau gagal akan dikeluarkan pada 11/1/2014.. Susah hati dah.. bukan susah hati apa.. kalau ikutkan exam yang A41 11/12/2013 keluar result 21/12/2013 dah interview. Kalau kami result keluar 11/1/2014, makanya interview mesti 20++ tarikhnya.. sama tarik dengan kursus intensifku di USM Penang. Masalah- masalah.. Maybe lah korang kata lulus pun belum tentu sibuk nak risau pasal tu.. Risaulah sebab kira boleh lari perancangan awal ke USM... dengan exam bagai...Aduhduh.. Yang Usm pun satu lagi masalah.. tahun ni tahun paling lama Kursus Intensif berbanding tahun lain... 3 Minggu kot dari 20/1/2014 - 14/2/2014.. 25 hari.. Melampau sgt.. 2 minggu pun dah rasa azab duk asrama.. ni kan 3 minggu.. dah lah paper nad sampai hari terakhir 14 hb pun ada.. kalau kelas bleh bawa ke depan.. ni exam 2 paper hari terakhir tu.. mengarut betullah.. stresssssss..... x suka x suka... jadual yg kejam.. Pasal intensif ni pun membuat aku stress nak mohon cuti kerja..
Disebabkan hal2 tersebut nad rasa stress memikirkan... ujian tahun baru yang x menyeronokkan.. Mood pun berubah2.. dengan nak jauh ngan hubby 3 minggu.. dengan roomate 3 minggu pun x tau lagi.. kalau 3 minggu duk sana dapat roomate yang x tido bilik lagi nad stress.. Ya Allah Ya Tuhanku.. Hanya dikau yang tahu apa yang terbaik buatku.. Bantu lah aku.. Berikanlah Kelapangan, Kesihatan, Kemudahan dan Kesabaran padaku dalam menghadapi cabaran.. Harap2 semuanya berjalan lancar........
Sekian entry stress... Sape yang baca stress tak? stress tak?
mrsshy
kite masak, kerja dan berkraf...
Jumaat, 27 Disember 2013
Rabu, 11 September 2013
satu.. dua.. tiga.. empat.. empat lagi...
Hari ini hari khamis…Hari khamis
malam jumaat.. biasanya bila hari khamis malam jumaat apa yang anda
fikir?......... cuba jawab.. cuba jawab….
Jawapannya hari ni baca yasinlah
khamis malam jumaat…. Kan bagus…… tp yang tu bukan main thing nad nak cite hari
ni.. sebenarnya nak cite pasal siang ni.. actually nad kerja syif siang hari ni…
jadi sekarang tengah kerja lah semasa menaip entry ni… ampunkan saya bos sebab
curi masa kerja update blog… hehehe.. x pelah… curi masa senggang skit… baiklah balik ke pangkal jalan.. dah sesat
jauh ni… nak cite sebenarnya pasal senaman di opis… tetiba wujud kesedaran nak
bersenam kat opis.. sebelum ni tak pun.. ni pun sebab sakit pinggang…
sebenarnya bagus senaman di opis ni..
terutamanya bagi kami yang kerja syif, sebab sekali syif 12 jam kerja.. korang
mampu????... hehehe.. biasalah… jadi
disebabkan nad ni ada mild scoliosis gak kenalah mencari alternative bersenam…
al maklumlah.. kat luar pun malas nak bersenam.. kalau nak tau pasal scoliosis
cari sendrilah… hehehe… dasar ada
penyakit M.. Kalau rajin insyaallah satu masa nanti akan ku post entry pasal tu…
x janji tau. Baiklah… dah banyak mengarut.. ni nad kongsikan cara2 bersenam di
opis.. silalah ikut step yang ku ambil dari pakcik google kesayangan ku ini…
banyak sgt berjasa…
baiklah tawan tawan... selamat mencuba... nad ngan my incharge ngah beriya bersenam ni....... heeheh.. JOM SIHAT BERSAMA-SAMA...
Isnin, 9 September 2013
house paradise
as salam...
Rumah saya.. rumah saya rumah bertingkat-tingkat... bertingkat-tingkat sampai tingkat 9... eh..ehh... mcm karangan budak sekolah lak... hehehe... biasalah.. umur dah meningkat teringin nak mengasah bakat dalam penulisan... hmmm... sebut pasal rumah semua orang mempunyai impian nak ada rumah sendiri kan... tetapi disebabkan harga rumah sgtlah mahal jadi x semua mampu beli rumah...
nad pun sekarang hanya dapat duduk di rumah sewa je... ada niat nak beli rumah tp belum nak mampu lagi.. insyaallah doakanlah murah rezeki ye.. sebenarnya nad taip entry ni sebab nak cerita pasal sebuah rancangan tv iaitu HOUSE PARADISE. House paradise ni pasal design-design rumah kat jepun.. Cyes memang kreatif sgt design rumah diorang.. Kat Malaysia pun banyak design rumah yang kreatif dan canggih manggih.. tapi bezanya orang jepun ni design rumah untuk kemudahan dan keselesaan diorang tanpa terlalu memikirkan bentuk luaran... Luar nampak mcm rumah biasa dan bentuk mcm pelik je.. tapi kat dalam memang fleksible... tak taulah pendapat orang lain.. tapi bagi pendapat nad memang sgt kreatif.. x mewah sgt tapi sgt kreatif dan memudahkan kerja-kerja seharian.. memang rumah mesra keluargalah..
cakap banyak pun x guna.. kalau anda berminat blehlah buka tv sendiri kat rumah dan tukar channel 728 iaitu life inspired hd.. ni special untuk orang yang dah tukar astro beyond ye dan ada tv hd... kalau anda tak de sila beli tv hd dan tukar decoder beyond..hehehe...waktu siaran yang nad ingt adalah hari selasa 11-11.30 pagi... kalau astro biasa ada ulangan.. kalau terlepas jgn risau.. tunggu je ulangan... jadi selamat menonton... kat sini nad bagi 2-3 gambar yang nad snap guna phone murah nad ek... harap-harap dapatlah membantu korang mencari idea untuk design rumah korang nanti ek... ini jelah yang dapat dikongsi bersama..
Rumah saya.. rumah saya rumah bertingkat-tingkat... bertingkat-tingkat sampai tingkat 9... eh..ehh... mcm karangan budak sekolah lak... hehehe... biasalah.. umur dah meningkat teringin nak mengasah bakat dalam penulisan... hmmm... sebut pasal rumah semua orang mempunyai impian nak ada rumah sendiri kan... tetapi disebabkan harga rumah sgtlah mahal jadi x semua mampu beli rumah...
nad pun sekarang hanya dapat duduk di rumah sewa je... ada niat nak beli rumah tp belum nak mampu lagi.. insyaallah doakanlah murah rezeki ye.. sebenarnya nad taip entry ni sebab nak cerita pasal sebuah rancangan tv iaitu HOUSE PARADISE. House paradise ni pasal design-design rumah kat jepun.. Cyes memang kreatif sgt design rumah diorang.. Kat Malaysia pun banyak design rumah yang kreatif dan canggih manggih.. tapi bezanya orang jepun ni design rumah untuk kemudahan dan keselesaan diorang tanpa terlalu memikirkan bentuk luaran... Luar nampak mcm rumah biasa dan bentuk mcm pelik je.. tapi kat dalam memang fleksible... tak taulah pendapat orang lain.. tapi bagi pendapat nad memang sgt kreatif.. x mewah sgt tapi sgt kreatif dan memudahkan kerja-kerja seharian.. memang rumah mesra keluargalah..
cakap banyak pun x guna.. kalau anda berminat blehlah buka tv sendiri kat rumah dan tukar channel 728 iaitu life inspired hd.. ni special untuk orang yang dah tukar astro beyond ye dan ada tv hd... kalau anda tak de sila beli tv hd dan tukar decoder beyond..hehehe...waktu siaran yang nad ingt adalah hari selasa 11-11.30 pagi... kalau astro biasa ada ulangan.. kalau terlepas jgn risau.. tunggu je ulangan... jadi selamat menonton... kat sini nad bagi 2-3 gambar yang nad snap guna phone murah nad ek... harap-harap dapatlah membantu korang mencari idea untuk design rumah korang nanti ek... ini jelah yang dapat dikongsi bersama..
ni lah rancangannya..
ruang kerjanya yang simple..
sesi temuramah
view yang sgt menarik
pelan lantai rumah
host rancangan yang sgt bersopan..
jadi selamat menonton ye tawan-tawannnn.....
p/s: apa? nak tgk rumah nad? x pelah... tunggu dah pindah rumah baru tgk ye... hehehe..
Sabtu, 7 September 2013
obses
entry ni pasal lagu.. nad sgt obses dengan lagu... dan obses mengikut musim... jika dah obses ngan sesebuah lagu tu nad akan dengar lagu tu sepanjang hari selama seminggu tanpa jemu.. bila ada lagu lain dapat menggantikan lagu tu baru tukar lagu.. pelik kan.. x semua org dikurniakan gift mcm ni.. opsss.. gift ke mental.. kekeke... masa form 4 n form 5 gila backstreet boys, n sycn (betul ke idak tah ejaan), westlife dan beberapa kumpulan orang putih dulu..siap cari lirik lagu kat cybercafe dan print buat koleksi lagu.. pastu hafal.. wahaha... bila main kat tv atau radio berlari amik lirik.. dasar jakun..wahaha... jgn tipu kata korang x pernah buat ek.. tah-tah lagi teruk pe..
masa belajar kat poli pulak obses lagu nasyid... terutamanya dari kumpulan in-team, unic, hijjaz, saujana dan banyak lagi kumpulan nasyid.. tp paling utama in-team hijjaz n unic lah... masa tu popular zaman kaset.. sanggup beli kaset original tau yang mahal tu dan mainkan sepanjang hari setiap hari sampai bleh hafal setiap bait lagu dalam album tu... kan bagus kalau study pun mcm tu.. tapi malangnya memang tak la... hahaha... tp tu zaman belajar.. sekarang dah zaman internet.. you tube.. (mcm dulu x de you tube... x tau je..) letak lagu trus dapat cari..
2 -3 minggu ni nad mcm obses ngan sesebuah lagu.. sebulan lepas nad ketagih dengar lagu be mine... ala lagu tasha manshahar dengan syed shamim tu...hari-hari dengar sampai ketagih... 2 minggu kebelakangan ni ketagih lagu ainan tasneem- kamu saja... dan hari ni tetiba terketagih lagu cinta terakhir- aiman.. sedap tul lah suara dia... hari ni hampir 30 kali dah pusing dengar lagu tu.. suara dia dan lenggok nyanyian dia memang mcm lagu nasyid... sedap sgt... kalau masuk pertandingan nyanyian atau mengaji leh dapat no 1 lah... buat masa ni lagu ni memang buat nad obses... minggu depan x taulah lagu pe plak... kak sitty yang kerja dengan nad hari ni pun dah terpengaruh.. wahahah... akhir kata.. terimalah 2 rangkap pantun ye
pokok bunga segar bugar
selamat mendengar...
thehehehe..
Jumaat, 6 September 2013
blog ber spider...
salam... lamanya x update blog... rasa mcm x de mood nak menulis... lagipun rasanya mcm x de orang nak baca pun.. mcm2 yang jadi sejak dari kursus intensif kat usm tu.. sebut pasal usm alhamdulillah selepas berhempas pulas untuk course yang baru ditukar keputusan exam naik dari tahun sebelum ini.. rasanya memang ditakdirkan tukar course... alhamdulillah syukur.. kurang skit tekanan.. tapi subjek untuk tahun ni lak memang susah.. mcm banyak kiraan walaupun geografi.. kalkulator dah campak ke mana x tau.. hmmm... harap2 bleh lah bawa... x sabar nak habiskan... tahun ni amik 7 paper berbanding tahun lepas 5 paper je... paper susah2 lak tu.. uuuu.... think positive... bleh bleh... harap2 lah... tahun ni amik
-
susah tak susah tak?.. wahaha... kursus yang diambil pun dah caca marba.. nasiblah.... harap2 leh teruskan dengan maju jaya ye...
Selasa, 22 Januari 2013
kursus sengsara 2013
Assalamuaalaikum Warahmatullahiwabarakatuh.... panjang salam nad hari ni... lama munulis blog.. sebenarnya banyak yg nak diceritakan tapi malas tu tahap gaban beranak.. wahahaha.. pe lah punya bahasa... entri kali ni kursus sengsara 2013... kenapa kursus sengsara? hmmm... seperti yang pernah dimention sebelum ni.. nad menyambung belajar secara pjj kat usm dalam course math.. tetapi nampaknya jodoh nad ngan math memang tiada... jadi major math telah bertukar kepada minor dan major nad adalah Geografi.. daripada bidang Sains bertoka jadi bidang ilmu kemanusiaan.. Nad kan minta belajar manusia-manusia ni.. wahahah... Nak dijadikan berita nad terpaksalah pergi ke kursus sengsara & kursua intensif selama 3 minggu... uuuu... apeee... 3 minggu? tulah reaksi nad masa nampak tarikh dalam portal usmpjj... dalam fikiran terus menerpa.. suami... dak kecik koko n kaka ( yang ni kemudian cerita) dan hidupku disana nanti... huhuhu... oleh kerana bertukar Major maka nad x de kawanlah.. x kenal sape2 yang tahun 2 pun... uuuu... sejak dari tu nad pun menghitung hari... detik demi detik... sampailah masa ke penang... tahun ni mcm tahun lepas g ngan mummy yati... jgn silap... tu bukan mak nad... tp my best friend usm... pg sebelum pergi tu berat je hati.. my hubby pun hantar nad ke lrt uni seperti yang dijanjikan ngan mummy yati... tp sebelum berangkat kami g minum dulu... nad, my hubby, mummy yati n her hubby.. pukul 10 pagi baru betolak... sampai sana dalam 1.30 p.m silap... jadi kami pun trus ke rumah kak lin... terima kasih kak lin bagi kami menumpang n masak lauk sedap..
Pagi isnin kami bertolak dari rumah kak lin pukul 8.20 pg. jalan kira oklah... tp bila sampai jalan dalam usm gile jem... banyak kereta.. sangka pelajar pjj sebanyak ini... dalam masa yg sama.. kami bermasalah dengan pendaftaran bilik... nad ngan yati, adah n suria lain2 asrama.. ini disebabkan oleh penukaran kursus nad. adoiii... terpaksa pergi daftar restu dan diorg kat saujana... x pelah fikir dalam hati... mesti ada roomate kang.. trus request bilik bawah sebab ada surat doc kan. dapatlah bilik tingkat 1. settle isi borang amik kunci trus g kat yati. belum sempat lagi pergi kat yati tiba2 ada org panggil... 'kita satu bilik, kita berkenalan dululah ye' katanya. 'nama saya shuhada' 'nama saya nadia' balas nad.. dia menyambung lagi saya org PENANG dan saya menetap kat area sini. jadi saya duduk bilik.. saya letak satu dua barang je. nad pun mcm terkedu dan tau nak cakap pe.. trus pergi kat yati dengan seribu satu rasa. takungan air mata rasa nak pecah sebab mengenangkan situasi yang sama semasa orientasi... kenapa kau nak ambil kunci sedangkan kau duduk bilik? dan kenapa kau nak ambil tingkat bawah sekali kalau kau nak buat mcm tu? baik kau ambil bilik atas sekali. paastu kau x nak duduk kau punya pasallah.... arrghhhh.. tension... telefon my mr hubby mengadu dan marah2... mr hubby pun cakap nak buat mcm mana.. huhuhu... sedih...
Naik atas balik jumpa yati n adah, diorg tengah tanya ada untie jawatan kuasa tu tanya pasal bleh tak tukar bilik.. untie tu cakap baik yati n adah je tukar bilik restu.. kena mohon kat uppu. x pastilah pe nama dia tp tu klinik kesihatan usm. kami pun beredar untuk mendaftar kehadiran kat dewan utama.. rancangannya nak ke uppu untuk menukar bilik dan ke dewan kuliah untuk mengambil sticker kereta. last2 pegi makan dulu kat aman damai.. .. lepas makan adah cakap nad duk bilik kami jelah... tp mana nak tido. katil ada 2 je.. last2 decide g beli tilam dan duduk ngan yati n adah... lega dah skit hati.. lepas makan trus g QB(Queensbay) dan pemandunya adalah Zul(Kawan group jUS). PEGI qb beli tilam n balik tu angkut barang.. nasib baiklah Zul tu baik tumpang kereta dia bawak barang dari kereta yati ke lobi Saujana.. klu x, patah pinggang kami..
macam ni lah rupenya dalam kete Zul.. gambar dicuri dari blog yati.. malas nak tangkap gambar... yang tu adah.. kami mcm ditimbun barang.. wahaha..
Nasib baik Zul ada tolong hantar n letak barang depan tangga.. lelaki x leh lepas dari tangga. Lepas tu bermulalah sesi angkat mengangkat naik tangga.. naik lif.. letak kat depan tangga bilik n bawak masuk bilik... nasib baik ada adah ngan yati tolong angkat semua barang bersama2 kira barang sape.. klu x patah tulang temulang ku ni.. bukan bengkok lagi..Bila masuk bilik.. waaa.... ni bilik kita.. paling tinggi di usm..
pun curi dari blog yati sebab malas ambil gambar..
Nama blok Saujana.. kena sgtlah.. Saujana mata memandang.. nak naik blok pun tangga mcm batu caves punya tangga.. gila tinggi... nanti lah tangkap gambar tangga. Redha jelah dari x de kawan tido sorang2.. Terima kasih mummy yati n adah .. jasamu dikenang... i love u... lepas rehat2.. mlm ada kelas geografi wilayah asia tenggara... pukul 9 dah menapak dari atas bukit ke dalam kampus.. dahlah jalan sorang2 sebab x kenal sape pun... nak mencari bt152 pun tau.. tanya org sepanjang jalan semua tahu... last2 gamble g belakang dewan budaya... jumpa plak org berlatih wushu... tp nampak ada org berjalan ke belakng. ikutlah jugak.. dah dekat tanya diorg course apa.. sekali sama course geografi.. last2 cari sama2... nasib baik jumpa... tp alhamdulillah dapat kenal kawan baru org sarawak... nama dia florence.. dari miri... cikgu b.m. pandai n rajin orgnya.. pastu sembang dengan dia sambil tunggu lecturer.. pukul 10.30 p.m br lecturer sampai... kelas sampai pukul 11... yati datang ambil kat dewan budya sebab dia ada makmal... trus g subaidah pekena roti nan... balik dalam 12++ mandi trus pengsan... panjang gile cerita hari first... hari kedua x de kelas.. jadi... relekslah.. wahahah.. tp kena studilh.. kang last minit baru nak studi naye je... habislah cerita hari pertama... tammat.... hehehe..
Khamis, 20 September 2012
resepi lepat labu..
2 hari lepas nad pegi kedai kat kedai bawah umah... duk apartment kan... tetiba ternampak buah labu... dah lama x makan lepat labu. selalu kalau jual kat kedai mesti lepat pisang... x minatlah... jadi nad pun beli lah labu.. semangat ni nak buat lepat.. tp mencari daun pisang punyerlah susah... last2 paksa en. hubby g pasar kat pj old town... punyer lah perak g pasar tu sebab ikan n segala mak nenek semua murah dari giant atau kedai kat bawah... jadi esoknya trus buat lepat.. hasil blog walking, tanya mak dan ikut sedap rasa terhasillah resepi lepat yg mcm biasa org buat.. kakaka..
RESEPI LEPAT LABU.
untuk bahan lepat
1 biji labu bersaiz sederhana
3/4 cawan gula (saiz yang cawan minum teh tu)
2 cawan tepung (cawan yang sama dengan cawan gula)
secubit garam.
untuk inti
kelapa parut
secubit garam
cara-caranya
1. potong labu dan rebus hingga empuk.
2. tuskan dahulu air labu tersebut supaya ia tidak lembik.
3. lenyekkan labu tersebut (saya guna whisker je sebab labu dah empuk dan lembut)
4. campurkan tepung, gula dan secubit garam ke dalam bekas labu tersebut dan pukul lagi kemudian ketepikan.
5. gaulkan kelapa parut dan garam.
6. ratakan labu ke atas daun pisang dan letakkan kelapa ditengah.
7. balutkan dan kukus selama 20 minit.
Langgan:
Catatan (Atom)